»

Monday, July 1, 2013

Dear Diary.. 6 months end.. =')

Assalam..
berhabuk dah blog nie lama xupdate ape2..macam2 jadi dalam sem 4 nie.. dan kadang2 sgt xkuat nak hadap..alhamdullillah.. even macam2 yang jadi tapi sebenarnya semua tu mematangkan kita..membuat kita lebih dekat kepada pencipta.. membuat kita semakin kenal diri kita sendiri.... aku jatuh tersungkur,tersembam gara2 putus cinta dengan manusia.. jatuh terkapai2 xtau macam mana nak bangun balik.. tapi Alhamdullillah allah datangkan kepada aku sahabat2,keluarga,saudara yang xpernah putus memberi semangat untuk aku bangun kembali.. terima kasih semua.. =')

bukan senang untuk aku lupakan kisah silam.. masih dalam proses mencuba.. alhamdullillah dah dapat terima hakikat cuma terkilan kerana putusnya cinta terputus jugak persahabatan.. sedih walaupun aku cuba untuk pulihkan hubungan persahabatan tu tapi masih di jalan buntu.. entah la.. tak tau apa salahnya sampai berkawan pun tak nak.. xpela.. mungkin ada salah aku, yang aku sendiri tak perasan.. wallahhu a'alam

sekarang dah serik,dah malas,dah penat nak amek kisah tentang jodoh.. patah hati..makan hati..mungkin..kalau x, takkan berat aku yang dulunya 59kg dah turun 49kg sekarang.. dan mak sangat risaukan berat badan aku yang turun mendadak sangat tu.. in shaa Allah tak de pape laa..lagipun aku on diet..hehehehehe

cuma kadang2 terfikir nak kawin dengan orang yang aku tak kenal,yang xnak kisah tentang kisah silam aku,yang dapat terima aku kerana aku sekarang dan apa adanya aku.. yang dapat membimbing aku kejalan Allah dan yang penting terima family aku..

dah malas nk bercinta2 nie.. lebih baik nikah lepas tu baru syok nak bercinta kan.. hehehehe.. one day in shaa Allah.. =')



 someone that i want to be


In shaa Allah one day.. =)

No comments: